Thursday, April 3, 2008

Sambutan Hari Pengguna




Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2007
“Pengguna Bijak, Menjana Ekonomi Negara”
Hari Pengguna Malaysia (HPM) yang disambut pada 26 Julai setiap tahun merupakan satu usaha kerajaan dalam memupuk kesedaran kepenggunaan yang positif dikalangan rakyat Malaysia.
Bersempena dengan sambutan tersebut, pelbagai aktiviti dan program telah disediakan untuk para pengguna dan juga untuk para peniaga.
Pameran dan Ekspo Jualan merupakan salah satu program sempena HPM yang diadakan sebagai satu wadah Kementerian memberi pendidikan, pengetahuan kepada para pengguna disamping menganjurkan Jualan istimewa besar-besaran beberapa kategori barangan dan perkhidmatan sebagai tanda penghargaan kepada pengguna.

Thursday, January 17, 2008

Pengambilan Ahli Baru bagi Sesi 2008

Kelab Pengguna SMKSB amat mengalu-alukan penyertaan ahli baru bagi sesi 2008. Jika anda berminat untuk menyertai kelab ini, sila mendapatkan borang keahlian daripada AJK berikut:

  • Tingkatan 1 & 2 : Syazleen bt. Rozali (2A8), Nur Balqis bt. Humaidi (2A6)
  • Tingkatan 3 : Ellisa Sajdah bt. Mohammad Bahrin (3A7)
  • Tingkatan 4 : Umi Syahida (4SC2)

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi mana-mana AJK kami.